Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

COVID-19: Premis makanan, pusat hiburan di Marseille ditutup

  • Published in Berita Dunia

 

MARSEILLE, 24 September- Pusat hiburan dan restoran di bandar Marseille, Perancis, akan ditutup susulan perintah larangan baharu yang dikeluarkan untuk membendung penularan COVID-19.

Keputusan Menteri Kesihatan, Olivier Veran itu dibuat selepas pihak berkuasa kesihatan awam melaporkan 13,072 kes baharu dalam tempoh 24 jam paling tinggi sejak sekatan pergerakan ditamatkan.

Katanya, bandar pelabuhan Marseille merupakan lokasi tumpuan di Perancis yang berada di tahap amaran tertinggi, peringkat terakhir sebelum pengumuman darurat kesihatan.

Sementara itu, lapan bandar utama termasuk Paris kini dalam keadaan berwaspada yang tinggi, kedua tertinggi dalam sistem baharu yang memperuntukkan langkah kawalan penularan.