Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

NASA dakwa rakam imej terbaru planet Musytari

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, 19 September - Teleskop milik pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berjaya merakam imej terbaharu planet Jupiter atau lebih dikenali sebagai Musytari.

Foto yang dikeluarkan NASA menerusi akaun Twitter rasminya menunjukkan keadaan permukaan di Musytari.

Difahamkan, gambar planet terbaharu ini diambil oleh Teleskop Angkasa 'Hubble' NASA pada 25 Ogos lalu.

Ketika itu, Musytari didakwa berada sekitar 653 juta kilometer dari bumi.