Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Pergolakan Selatan Thai: Perintah darurat dilanjutkan 3 bulan lagi

  • Published in Berita Dunia


NARATHIWAT, 17 September- 
Perintah darurat di Narathiwat, Yala dan Pattani di selatan Thailand dilanjutkan tiga bulan lagi.

Pelanjutan dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan dan menangkap pemberontak yang cuba menggugat keselamatan negara melalui keganasan.

Perkara itu diumum menerusi Warta Diraja Thailand.

Ia ditandatangani Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha, pada 11 September lalu di bawah Perintah Darurat bagi Pentadbiran Awam dalam Keadaan Kecemasan dan sudah diluluskan oleh Kabinet.

Ia merangkumi semua daerah di tiga wilayah berkenaan kecuali Srisakhon, Sungai Kolok dan Sukirin di Narathiwat, Betong di Yala dan Maikaen serta Maelan di Pattani.

Pemberontakan di selatan Thailand bermula 2004 di empat wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla.

Konflik telah mengorbankan 7,000 nyawa.