Wednesday, 30 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Jakarta laksana sekatan pergerakan fasa 2

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA, 15 September - Tiga bulan selepas sekatan pergerakan di Jakarta ditarik balik, pihak berkuasa Jakarta TERPAKSA menguatkuasakan semula langkah sama bermula SEMALAM kerana bimbang kes jangkitan COVID-19 boleh menyebabkan operasi hospital lumpuh.

Kota raya dengan populasi kira-kira 30 juta penduduk itu bakal menyaksikan sebahagian besar bangunan pejabat, masjid, restoran, pusat hiburan ditutup.

Pengumuman dibuat tiga bulan selepas sekatan pergerakan fasa pertama ditarik balik.

Menurut Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, jika langkah sedemikian tidak diambil, operasi hospital akan mencapai tahap maksimum, seawal minggu depan.

Setakat ini, lebih 100 doktor dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 , termasuk 15 di Jakarta.

Jurucakap Persatuan Doktor Indonesia, Halik Malik berkata sistem kesihatan negara itu berisiko lumpuh jika langkah serius tidak diambil bagi mengawal penularan pandemik itu.

Setakat ini, Jakarta merekodkan lebih 50,000 kes COVID-19 , hampir satu per tiga daripada jumlah kes yang dilaporkan di seluruh Indonesia.

Lebih 1,350 pesakit meninggal dunia.

dengan kadar ujian COVID-19 yang rendah, penularan kes dipercayai lebih tinggi daripada angka rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan.