Monday, December 16, 2019
updated 4:56 AM UTC, Dec 16, 2019

Thailand; Seorang Pelancong Dari Scotland Maut Akibat Dipijak Gajah

  • Published in Berita Dunia

Koh Samui, Thailand -   seorang pelancong dari Scotland maut apabila mangsa dibaling turun ketika sedang menunggang seekor gajah di sebuah resort di Koh Samui.

Ketika kejadian mangsa, Gareth Crowe dan anak tirinya Eilidh Hughes menunggang gajah tersebut.

Menurut jurucakap polis, mangsa kemudian ditanduk dan dipijak gajah tersebut.

Media negara itu melaporkan gajah tersebut naik minyak apabila jurulatihnya yang dipanggil sebagai mahout memanjat gajah tersebut untuk mengambil gambar mangsa.

Manakala jurucakap polis berkata cuaca panas mungkin penyebab gajah berusia 13 tahun itu marah.

Jurulatih tersebut yang berasal dari Myanmar juga cedera akibat ditanduk dan terjatuh kini turut dirawat di hospital bersama anak tiri mangsa yang maut.