Logo

Operasi kesuntukan masa sebelum kapal MV Wakashio terbelah dua

MAURITIUS, 13 Ogos - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pakar bagi membantu operasi membersihkan sisa minyak di Mauritius.

Penduduk melancarkan operasi besar-besaran bagi melindungi perairan dan taman laut daripada pencemaran yang memberi kesan kepada industri pelancongan.

Operasi tersebut semakin terdesak apabila kapal MV Wakashio dilaporkan semakin hampir terbelah dua.

Kapal yang membawa 4,000 tan minyak tersadai berhampiran Mauritius dan mengalami keretakan badan kapal.

Sejak lima hari lalu, minyak mula tersebar luas dan mengancam taman laut Mauritius yang menjadi tulang belakang sektor pelancongannya.

Dianggarkan sebanyak 180,000 tan minyak telah mencemari perairan sekitar.

Sukarelawan dan agensi kerajaan mengejar masa bagi membersihkan minyak sebelum kapal kargo itu terbelah dua dan menumpahkan lebih banyak minyak ke perairan.

Jika itu berlaku, hampir 2,000 tan minyak akan mencemari perairan dan memberi kesan lebih buruk kepada taman laut dan terumbu karang.

Polis telah menyoal siasat kapten dan anak kapal bagi mencari jawapan terhadap persoalan mengapa ia terkandas begitu hampir dengan pantai Mauritius.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.