Logo

Krisis di Lubnan: Desak tragedi letupan disiasat secara telus dan terperinci

BEIRUT, 12 Ogos - Krisis di Lubnan.

Pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan polis terus berlanjutan di Beirut.

Protes diadakan bagi menuntut kerajaan bertanggungjawab terhadap tragedi letupan minggu lalu yang mengorbankan 160 mangsa dan mencederakan ribuan penduduk.

Sebelum ini, protes berterusan penduduk Lubnan berkaitan krisis ekonomi, kadar pengangguran, penularan Covid-19 dan kegagalan pemimpin memerangi amalan rasuah.

Peserta protes mahu satu siasatan bebas dibuat terhadap tragedi letupan yang turut menyebabkan 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Rakyat tidak dapat menerima kenyataan mengenai simpanan sejumlah besar baja yang berpotensi meletup di sebuah gudang tanpa langkah keselamatan sewajarnya.

Peserta protes mahu mereka yang terlibat dihukum setimpalnya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.