Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Letupan di Lubnan: 3,000 hilang tempat tinggal

  • Published in Berita Dunia

BEIRUT, 6 Ogos - Letupan besar di Pelabuhan Beirut mengakibatkan sekitar kawasan kejadian ranap sama sekali ibarat padang jarak padang tekukur.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 135 orang terbunuh, manakala lebih 5,000 cedera.

Dianggarkan hingga 300,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Presiden Lubnan, Michel Aoun berikrar akan menghukum mereka yang bertanggungjawab dengan hukuman paling berat.

Tegas beliau, menyimpan 2,750 tan metrik ammonium nitrat yang disita di gudang tanpa langkah keselamatan adalah perkara yang tidak dapat diterima.

Pihak berkuasa Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai 'kawasan bencana' berikutan kejadian itu.

Manakala Majlis Pertahanan Tertinggi Lubnan mengisytiharkan darurat selama dua minggu di ibu kota itu.

Sebuah jawatankuasa penyiasatan juga telah ditubuhkan yang akan menyiapkan laporan mengenai letupan itu dalam masa lima hari.