Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Operasi mencari dan menyelamat mangsa letupan gudang di Beirut dijangka ambil masa

  • Published in Berita Dunia

BEIRUT, 5 Ogos - Pasukan penyelamat Lubnan melakukan operasi mencari mangsa di lokasi letupan gudang dan kawasan sekitar.

Jumlah kematian dijangka meningkat disebabkan masih ramai mangsa belum ditemukan.

Setakat ini jumlah maut melebihi 100 orang dan lebih 4,000 lagi cedera.

Selain perumahan penduduk, premis perniagaan turut mengalami kerosakan disebabkan letupan itu.

Pasukan bomba dibantu tentera giat memadamkan saki baki kebakaran di lokasi.

Sementara itu, pasukan penyelamat berdepan cabaran kerana perlu meneliti kawasan yang luas untuk mengesan mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Malaysia dan beberapa negara luar telah menyatakan kesediaan membantu Lubnan menangani tragedi.

Pasukan penyelamat menggambarkan impak letupan menyamai kesan gempa bumi berskala 3 perpuluhan 3 magnitud.

Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal manakala hospital sesak dengan jumlah tinggi mangsa letupan.

Tragedi yang berlaku menambah tekanan kepada kerajaan Lubnan yang sedang bergelut menangani krisis ekonomi, penularan COVID-19 dan protes rakyat terhadap kerajaan.