Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Punca tragedi letupan di Beirut mungkin daripada baja kimia yang disimpan bertahun-tahun

  • Published in Berita Dunia

BEIRUT, 5 Ogos - Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mendakwa letupan yang menggegarkan Beirut itu berpunca daripada baja kimia untuk pertanian, yang disimpan lama dalam gudang terbabit.

2,750 tan baja ammonia nitrat disimpan bertahun-tahun di kawasan itu.

Bagaimanapun, siasatan menyeluruh sedang dilakukan termasuk mengesan individu bertanggungjawab.

Majlis Pertahanan Lubnan mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana susulan tragedi tersebut.