Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Filipina laksana semula perintah berkurung cegah penularan COVID-19

  • Published in Berita Dunia

MANILA, 5 Ogos - Filipina menguatkuasakan semula langkah pencegahan COVID-19 bagi mengekang penularan pandemik dengan menyekat perjalanan dan menutup perniagaan.

Pengumuman dibuat dalam tempoh kurang 24 jam menyebabkan ramai rakyat terkandas dan tidak dapat pulang ke kediaman masing-masing.

Semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk penerbangan domestik dibatalkan menyebabkan ramai penumpang terkandas.

Rakyat hanya dibenarkan keluar rumah untuk mendapatkan barang keperluan dan bekerja.