Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Jumlah sebenar kes COVID-19 di India timbul kebimbangan

  • Published in Berita Dunia

MUMBAI, 29 Julai - Timbul kebimbangan mengenai jumlah sebenar kes COVID-19, selepas satu kajian mendapati, lebih separuh daripada penduduk di kawasan setinggan di kota raya Mumbai dijangkiti wabak berkenaan.

Mumbai mempunyai kawasan setinggan terbesar di India, dengan kira-kira satu juta penduduk.

India, negara ke-3 paling terjejas selepas Amerika Syarikat dan Brazil dengan hampir 1.5 juta kes, meski beberapa pakar berkata kekurangan ujian COVID-19 memungkinan angka itu lebih tinggi.

Mumbai, di mana kira-kira 40 penduduknya mendiami kawasan setinggan merekodkan lebih 110,000 kes jangkitan, dengan lebih 6,000 kematian setakat ini.

Bagaimanapun, jumlah kes kematian tidak melonjak susulan langkah agresif pihak berkuasa mengawal penularan kes baharu.

Kajian terbaharu itu menyusul seminggu selepas kajian antibodi oleh kerajaan merumuskan, hampir satu per tiga daripada 20 juta penduduk di ibu negara New Delhi dijangkiti COVID-19.