Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

COVID-19: Kluster baharu tersebar ke beberapa wilayah di China

  • Published in Berita Dunia

BEIJING, 29 Julai - Satu kluster baharu COVID-19 di sebuah bandar di timur laut China dikesan merebak ke wilayah lain.

Ia sekaligus mencetuskan beberapa larangan baharu, ketika Beijing berusaha mengekang gelombang kedua jangkitan itu.

China berjaya mengawal penularan wabak itu sejak ia mula dikesan di negara itu hujung tahun lalu menerusi beberapa siri perintah berkurung yang ketat.

Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, beberapa penularan kecil baharu kembali mencetuskan kebimbangan.

Sebanyak 68 jangkitan baharu dikesan.

Daripada jumlah itu, 57 kes dikesan di Xinjiang perintah berkurung ketat dikenakan di pusat wilayah itu, Urumqi.

Enam lagi kes turut dilaporkan di Dalian dengan penularan awal dikesan di pusat pemprosesan makanan laut minggu lalu.

Ia menjadikan jumlah kes baharu di Dalian kepada 44.

Kluster Dalian dikesan merebak ke sembilan bandar di lima wilayah negara itu, termasuk Fujian.

Pusat bandar itu, Fuzhou bakal memasuki 'mod perang' selepas mengesan seorang pesakit tidak bergejala yang datang sejauh 1,500 kilometer dari Dalian.

Satu kes baharu di Beijing yang dilaporkan semalam turut dikaitkan dengan seorang pesakit tidak bergejala yang datang dari Dalian.