Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

Jangkitan Virus Selsema Burung Dikesan Di Korea Selatan

KOREA SELATAN - Beberapa kes jangkitan virus selesema burung, dikesan di wilayah Gyeonggi dan Pulau Jeju , Korea Selatan.

Satu kenyataan Kementerian Pertanian menerangkan, virus penyakit tersebut ditemui pada sampel najis burung liar yang diambil dari sungai di Suwon, 46 kilometer ke selatan Seoul dan Pulau Jeju, awal bulan ini.

Pihak berkuasa kuarantin meningkatkan operasi semburan nyah-kuman dan memantau ladang-ladang ternakan.

Langkah itu diambil ketika burung-burung liar mula berkumpul di Semenanjung Korea menjelang musim sejuk.

 

Sumber : AFP