Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Kem Sokha yang merancang gulingkan kerajaan Kemboja, akan dibicarakan esok

  • Published in Berita Dunia

KEMBOJA - Perbicaraan ke atas pemimpin pembangkang Kemboja, Kem Sokha, atas tuduhan merancang menggulingkan kerajaan dijadual berlangsung esok.

Sesi perbicaraan ditetapkan selepas mendapat pengesahan pihak penyiasat yang mendakwa mempunyai bukti yang cukup untuk meneruskan kes itu.

Kem Sokha ditahan pada tahun 2017 dan partinya, Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) telah diharamkan kerajaan dan dilarang menyertai Pilihan Raya Umum negara itu pada 2018.

Bagaimanapun Kem Sokha sebelum ini menyatakan, tuduhan terhadapnya tidak masuk akal.

Ia kerana satu-satunya bukti yang dikemukakan terhadapnya adalah apabila kata-katanya dalam satu ucapan pada 2013 di Australia, dipetik sebagai dirinya telah menerima bantuan Amerika Syarikat untuk mewujudkan pertubuhan pro-demokrasi di Kemboja.