Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

'Spider-Man Perancis' panjat bangunan 48 tingkat, sebagai sokongan bantahan terhadap kerajaan

  • Published in Berita Dunia

PARIS - Alian Robert atau lebih dikenali sebagai Spider-Man Perancis, menarik perhatian warga Paris dengan memanjat bangunan Tour Total setinggi 48 tingkat bagi menyatakan sokongan kepada peserta bantahan terhadap kerajaan.

Robert yang kini berusia 57 tahun, berjaya sampai ke menara bangunan setinggi 187 meter itu, menyokong usaha membantah pelan pembaharuan skim persaraan.

Ini merupakan kali ke-9 beliau memanjat bangunan itu tanpa sebarang tali keselamatan.

Jelas Alian, beliau sendiri tidak senang dengan cadangan kerajaan menaikkan had umur persaraan.

Sehingga kini, kesatuan sekerja di Perancis masih meneruskan mogok dan siri protes terhadap rancangan kerajaan itu.

Rundingan yang dibuat melibatkan kesatuan sekerja dan kerajaan masih gagal mencapai sebarang persetujuan.