Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Filem 'Joker' mendominasi pencalonan Oscar 2020

  • Published in Berita Dunia

LOS ANGELES - Filem yang diadaptasi daripada komik 'Joker' mendominasi pencalonan Oscar menerusi 11 kategori, termasuk filem terbaik dan pengarah terbaik.

Joker yang diarahkan Todd Phillips dan dibintangi Joaquin Phoenix mendahului tiga filem pilihan lain, iaitu 'Once Upon a Time in Hollywood', '1917' dan 'The Irishman'.

Filem Once Upon a Time in Hollywood diarahkan Quentin Tarantino manakala 1917 pula arahan pertama Sam Mendes.

Sementara itu, Martis Scorsese pula mengarah filem The Irishman.

Masing-masing menerima 10 pencalonan seperti filem terbaik dan pengarah terbaik.

Ia bakal bersaing dengan filem antaranya, Ford vs Ferrrari, Jojo Rabbit, Marriage Story, The Two Popes dan filem Korea Selatan, Parasite serta dokumentari American Factory.

Menerusi penguasaan filem-filem ini, ia mencetuskan kritikan bahawa pengarah wanita dan etnik minoriti sekali lagi terpinggir bagi pencalonan Oscar.

Filem Parasit muncul filem pertama Korea Selatan dicalonkan untuk Oscar bagi kategori filem terbaik dan filem antarabangsa terbaik.

Pengarahnya, Bong Joon Ho turut dicalonkan bagi kategori pengarah terbaik.

Honeyland dari Macedonia Utara pula dicalonkan bagi dua kategori iaitu filem antarabangsa terbaik dan dokumentari terbaik.