Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

COVID-19: Dua pangkalan tentera Amerika dikenakan perintah berkurung

  • Published in Berita Dunia

OKINAWA, 14 Julai - Dua pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Okinawa dikenakan perintah berkurung selepas puluhan kes positif COVID-19 dikesan di situ.

Pertambahan jumlah jangkitan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pegawai tempatan termasuk gabenor Okinawa, Denny Tamaki.

Pangkalan terlibat ialah kem Pasukan Marin Udara Futenma dan Kem Hansen.

Jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga berkata, 62 kes dikesan sejak beberapa hari lalu dalam kalangan pasukan tentera Amerika.

Susulan wabak, hampir semua perjalanan keluar digantung .

Anggota perkhidmatan Kor Marin, ahli keluarga dan orang awam dibenarkan bergerak bebas di dalam pangkalan.

Mereka bagaimanapun wajib mendapatkan kebenaran untuk keluar.