Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

COVID-19: Singapura catat 322 kes baharu

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA, 14 Julai - 322 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan di Singapura.

Dengan perkembangan terbaru itu, jumlah kumulatif jangkitan di republik itu mencecah 46,283 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura, majoriti kes terdiri daripada pemegang pas kerja yang tinggal di asrama.

Terdapat 11 kes dalam komuniti terdiri daripada dua warga tempatan dan sembilan pemegang pas kerja.

Angka kes yang lebih tinggi dipercayai kerana kurang dilaksanakan ujian COVID-19 semasa cuti umum dan hujung minggu.

Setakat ini, 26 orang mati akibat komplikasi COVID-19 di republik itu, dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Singapura, kini berada di Fasa Kedua pembukaan semula aktiviti sosial dan ekonominya sejak 19 Jun.