Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Singapura mengundi hari ini

  • Published in Berita Dunia

 

SINGAPURA, 10 Julai - Rakyat Singapura mula mengundi hari ini bagi Pilihan Raya Umum 2020 apabila 1,100 pusat mengundi dibuka di seluruh republik itu pada 8 pagi.

Pilihan Raya Umum ke-18 Singapura itu diadakan dalam kebiasaan baharu dengan sekatan dan peraturan jarak selamat di tengah-tengah wabak COVID-19 yang melanda republik itu.

Digelar sebagai ‘pilihan raya kritikal’ kerana ia akan membentuk prospektif Singapura dalam menghadapi cabaran COVID-19.

Calon Bebas tunggal dan 11 parti politik termasuk parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), bertanding untuk 17 Kawasan Perwakilan Kumpulan (GRC) dan 14 Kawasan Pilihan Raya Perwakilan Tunggal (SMC) untuk mengisi 93 kerusi Parlimen.

Dengan jumlah lebih 2.6 juta pengundi, ini adalah pilihan raya umum kedua berturut-turut apabila PAP meletakkan calon di kesemua 31 bahagian pilihan raya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP dan pasukannya akan bertanding di GRC Ang Mo Kio lima anggota menentang Parti Reformasi diketuai oleh Kenneth Andrew Jeyaretnam.

Hanya SMC Pioneer dan GRC Pasir Ris-Punggol akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum kali ini.