Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Gajah di taman negara Sri Lanka mungkin lahir anak kembar

  • Published in Berita Dunia

COLOMBO, 10 Julai - Kisah sepasang anak gajah yang mungkin dilahirkan kembar di taman negara Sri Lanka.

Anak gajah kembar merupakan sesuatu yang sangat jarang berlaku dan kini dikesan di Minneriya.

Dua ekor anak gajah dilihat menyusu daripada seekor ibu gajah yang sama di taman negara Sri Lanka.

Pegawai taman negara berkenaan menyatakan ia adalah anak gajah kembar yang berumur lebih kurang tiga hingga empat minggu.

Ketua pengarah, Jabatan Perlindungan hidupan Liar, Tharaka Prasad memeberitahu, selepas memerhatikannya dari jauh, pegawai yakin ia adalah kembar.

Jurugambar hidupan liar terkenal, Sumith Pilapitiy juga mengatakan dua ekor anak gajah itu adalah kembar dan pernah merakamnya menyusu daripada seekor lembu.

Pihak renjer kini melakukan ujian DNA ke atas najis kumpulan gajah tersebut untuk mengesahkannya.

Jika hasilnya sepadan, ini akan menjadikannya pertama kali pegawai hidupan liar di Sri Lanka melihat kembar bersama ibu mereka.

Kawasan tersebut merupakan tempat yang sama tujuh ekor gajah mati akibat diracun pada bulan September lalu.