Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

PBB sahkan AS tarik diri daripada WHO

  • Published in Berita Dunia

NEW YORK, 10 Julai - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan Amerika Syarikat telah menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkuatkuasa 6 Julai.

Pengesahan dibuat selepas pengunduran kuasa dunia itu menepati semua syarat penarikan diri daripada WHO.

Amerika Syarikat menganggotai WHO pada 21 Jun 1948 dan menjadi ahli selama 72 tahun.

Antara syarat dikenakan kepada Amerika Syarikat adalah memberi notis setahun berkaitan pengunduran daripada WHO selain memenuhi syarat sumbangan kewangan berjumlah AS$200 juta kepada agensi kesihatan dunia itu.

Setiausaha Agung PBB telah berpuas hati apabila Amerika Syarikat memenuhi semua syarat bagi menarik diri daripada WHO.

Presiden Donald Trump memutuskan penarikan diri daripada WHO kerana tidak berpuas hati terhadap caranya mengendalikan pandemik COVID-19.

Selain itu, Washington turut menuduh WHO menjadi boneka China dan melindungi data sebenar COVID-19.