Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

COVID-19: Mahkamah Suwon keluar waran tangkap 3 kakitangan gereja

  • Published in Berita Dunia

SUWON, 10 Julai - Mahkamah Daerah Suwon mengeluarkan waran tangkap ke atas 3 kakitangan Gereja Jesus Shincheonji yang menjadi salah satu lokasi penularan COVID-19.

Mereka yang ditahan kemungkinan berdepan pertuduhan memusnahkan bukti berkaitan penularan COVID-19 kerana didakwa sengaja memadam rekod senarai pengunjung dari Wuhan, China.

Pertuduhan lain terhadap suspek adalah menghalang proses kehakiman.

Mahkamah yang sama bagaimanapun menolak permohonan waran tangkap ke atas dua lagi kakitangan gereja berkenaan.

Ketiga-tiga suspek dituduh tidak mendedahkan maklumat terperinci berkaitan pengunjung selepas salah satu gereja Shincheonji di Daegu, muncul sebagai kluster baharu COVID-19 Februari lalu.

Badan kesihatan Korea Selatan memerlukan senarai penuh pengunjung gereja bagi melakukan pengesanan kontak rapat pesakit COVID-19.

Kluster tersebut merekodkan lebih 4,000 kes positif COVID-19.

Menjelang hujung bulan lalu, pengikut gereja Shincheonji menyumbang 40 peratus kepada jumlah keseluruhan kes positif di Korea Selatan.