Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Nokia buang pekerja kali ke-4 dengan jumlah yang lebih ramai di Perancis

  • Published in Berita Dunia

PERANCIS, 5 Julai - Nokia bercadang melupuskan 1,233 pekerjaan di Alcatel-Lucent - anak syarikatnya di Perancis.

Jumlah tersebut adalah satu pertiga daripada keseluruhan pekerja Nokia di negara itu.

Syarikat dan kesatuan sekerja berkata, mereka berdepan persaingan yang sengit dalam pasaran peralatan telekomunikasi ditengah tengah pelancaran rangkaian 5G ketika ini.

Ini adalah pemberhentian kali keempat di Alcatel-Lucent dalam tempoh empat tahun sejak pembuat perkakasan itu dibeli Nokia pada 2016, dan yang terbesar.

Selepas pertemuan dengan pihak pengurusan, Bernard Tremulot dari kesatuan sekerja CFDT berkata, "Ia adalah suatu malapetaka".

Menurut Nokia, pemberhentian kerja, kebanyakkannya di jabatan penyelidikan dan sokongan, adalah sebahagian usaha mengurangkan kos yang dilancarkan pada lewat 2018.

Tambah Nokia lagi, matlamat mereka ialah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan menjadi lebih tangkas dari segi penyelidikan dan pembangunan.

Ini dapat mengukuhkan kedudukan kompetitif syarikat dan menjamin prestasi jangka panjang kumpulan, kata pengurusan Nokia dalam satu kenyataan.

Tindakan itu diambil selepas CEO Nokia, Rajeev Suri berkata Mac lalu, yang beliau akan meletak jawatan pada September ini.

Menurut Suri lagi, beliau telah mengawasi transformasi syarikat menjadi syarikat sistem rangkaian setelah perniagaan telefon bimbitnya dihancurkan dengan kebangkitan Apple dan Samsung.