Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Pembatasan sosial berskala besar di Jakarta, dilanjutkan 2 minggu lagi bermula hari ini

  • Published in Berita Dunia

INDONESIA, 3 Julai - Pembatasan Sosial Berskala Besar di Jakarta, Indonesia berikutan pandemik COVID-19 dilanjutkan 2 minggu lagi bermula hari ini hingga 16 Julai.

Langkah berkenaan dibuat atas faktor epidemik kesihatan dan kemudahan awam.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berkata ini bermakna semua aktiviti harian masih kekal 50 peratus.

Dengan perlanjutan PSBB ini aktiviti harian penduduk seperti di tempat kerja dan pusat beli-belah adalah terhad dengan maksimum separuh daripada kapasiti sesebuah premis.

Dalam pada itu, Anies turut memaklumkan setakat ini tiada lagi perancangan untuk membuka semula sesi persekolahan.

Ini kerana risiko ke atas kanak-kanak adalah tinggi.

Walaupun sesi persekolahan di negara itu akan bermula 13 Julai, namun katanya sebarang pertemuan secara bersemuka tidak dibenarkan.

Untuk itu pengajaran dan pembelajaran dalam talian hendaklah diteruskan.