Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

COVID-19: Britain kenakan semula sekatan di Leicester

  • Published in Berita Dunia

LONDON, 1 Julai - Britain kembali melaksanakan sekatan di bandar Leicester yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Ia antara ujian pertama Perdana Menteri, Boris Johnson, dalam strategi mengawal penyebaran virus sementara menggerakkan semula sektor ekonomi.

Arahan menyaksikan sekolah dan kedai kembali ditutup.

Rancangan membuka semula kelab malam turut dibatalkan.

Hospital dan kilang yang dilanda virus kekal ditutup.

Langkah sekatan pergerakan di Leicester dengan 340,000 penduduk merupakan tindakan pertama diambil dalam skala besar.

Britain berdepan kadar kematian tinggi di Eropah sehingga mencecah 43,000 korban.

Kerajaan pimpinan Boriss Johnson melonggarkan sekatan duduk di rumah bulan lalu biarpun menerima kritikan daripada pelbagai pihak.