Tuesday, July 7, 2020

updated 2:54 PM UTC, Jul 7, 2020

Aktivis Israel dan Palestin bergabung anjur protes aman

  • Published in Berita Dunia

PALESTIN, 29 Jun - Aktivis Israel dan Palestin bekerjasama menganjurkan protes bagi membantah dasar pengambilalihan tanah Palestin.

Tentera Israel pula berusaha menahan beberapa tokoh aktivis terlibat di dalam protes terhadap kekejaman regim Yahudi.

Pemimpin Hamas, Khalil Al-Hayya dan Ketua Jihad Islam, Khaled Al-Batsh tampil mengajak pejuang Palestin mengangkat senjata bagi menggagalkan dasar Israel itu.

Pelaksanaan dasar mengambil alih tanah Palestin dijangka bermula 1 Julai ini.

Menerusi pelan itu, Israel merancang mengambil alih sekurang-kurangnya 30 peratus tanah di Tebing Barat dan Lembah Jordan.

Pelan itu diumumkan Januari lalu dengan sokongan Washington sudah mendapat bantahan Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB dan Kesatuan Eropah, EU.

Rantau Arab turut membantah pelan Israel kerana dibimbangi meningkatkan semula keganasan di rantau berkenaan.

Pergerakan Fatah dan Hamas sudah menggerakan proses bantahan aman bagi menggagalkan dasar Israel yang menindas penduduk Palestin.