Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Dua Vaksin Virus Ebola Masih Di Peringkat Percubaan

LIBERIA - Dua vaksin percubaan yang masih di peringkat eksperimen didapati berjaya memberi perlindungan daripada virus Ebola untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun.

Ujian klinikal dijalankan terhadap 1,500 orang yang dipilih secara rawak di Monrovia, Liberia.

Selepas sebulan, 84 peratus penerima vaksin pertama membentuk tindak balas antibodi dan selepas tempoh setahun, 80 peratus daripada mereka masih mempunyai perlindungan ini.

Bagi penerima vaksin kedua pula, 71 peratus membentuk tindak balas antibodi selepas tempoh sebulan.

11 bulan kemudian, 64 peratus daripada mereka, masih menunjukkan tindak balas serupa.

Laporan hasil ujian dimuatkan dalam Jurnal Perubatan New England.

 

Sumber : AFP