Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Pegawal Pantai Libya Selamatkan Imigran Terbiar Dalam Bot Getah

TRIPOLI - Pengawal pantai Libya berjaya menyelamatkan 75 imigran, termasuk 19 wanita dan empat kanak-kanak yang terbiar dalam sebuah bot getah, beberapa kilometer dari pesisir pantai.

Mereka dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang sepatutnya dihantar ke Itali.

Kesemua mangsa dibawa ke pangkalan tentera laut Tripoli untuk menerima bantuan kemanusiaan dan perubatan.

Bandar pinggir pantai, Sabratha yang terletak 80 kilometer di barat Tripoli dikatakan salah satu transit terbesar kegiatan pemerdagangan manusia yang menggunakan jalan air menyeberangi Laut Mediterranean ke Eropah.

 

Sumber : AP