Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Penyiasat PBB Akan Buat Lawatan Ke Pangkalan Udara Shayrat

SYRIA - Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa Bersatu akan membuat lawatan ke pangkalan udara Shayrat, Syria yang dipercayai digunakan untuk melancarkan serangan gas beracun sarin terhadap bandar Khan Sheikhun, wilayah Idlib.

Menurut diplomat Majlis Keselamatan PBB, turut serta dalam lawatan itu - anggota Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW).

Sekurang-kurangnya 87 orang, termasuk lebih 30 kanak-kanak maut dalam serangan gas pada 4 April lalu.

Amerika Syarikat dan sekutunya mendakwa, serangan didalangi kerajaan pimpinan Presiden, Bashar al-Assad.

Syria bagaimanapun menafikan sebarang pembabitan.

 

Sumber : AFP