Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Semakin serius wabak COVID-19 di Amerika Syarikat

  • Published in Berita Dunia

AMERIKA SYARIKAT, 28 Jun - Amerika Syarikat kini berdepan masalah serius susulan lonjakan kes COVID-19 di beberapa negeri di selatan dan barat negara itu.

Sehingga semalam; jumlah kes positif di Amerika Syarikat , lebih 2.5 juta orang dengan 128-ribu kematian.

Pakar Kesihatan kerajaan Amerika Syarikat, Anthony Fauci, menyatakan - negara itu menghadapi masalah serius di kawasan tertentu namun seluruh negara kekal berisiko.

virus COVID-19 berjangkit dari individu ke individu sehingga meliputi mereka yang mudah terdedah.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat yang pertama dalam tempoh dua bulan oleh pasukan petugas COVID-19 bawah teraju Naib Presiden Amerika, Mike Pence.

Sesi taklimat itu diadakan selepas lonjakan jumlah kes baharu COVID-19 di negeri selatan dan barat Amerika, termasuk Florida serta Texas.