Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

COVID-19 di India: Katil kadbod atasi masalah kekurangan katil di Hospital

  • Published in Berita Dunia

NEW DELHI, 27 Jun - Di India yang merupakan negara Asia paling tinggi mencatatkan kes COVID-19 kini berdepan masalah kekurangan katil.

Bagi mengatasinya, kadbod telah dijadikan sebagai katil untuk merawat mereka yang dijangkiti virus.

Menurut pereka katil kadbod Vikram Dhawan; pihaknya menggunakan material berkenaan kerana virus mampu bertahan 24 jam pada permukaan kadbod berbanding besi, plastik atau kayu iaitu antara 3 hingga 4 hari.

Paling penting katanya, untuk membuat katil itu mereka membentuk secara berasingan dan memasang satu persatu.

Ia boleh di bawa di dalam kereta dan ringan.