Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Sekurang-Kurang 10 Maut Kebakaran Hutan Di California

SANTA ROSA - Kebakaran hutan yang tidak terkawal sejak Ahad lepas dan merebak dengan cepat di California telah menyebabkan sekurang-kurangnya 10 maut.

Jabatan Perhutanan dan Kawalan Kebakaran California berkata angin yang melebihi 80 kilometer sejam telah memusnahkan kira-kira 73,000 ekar dan memaksa lebih 20,000 orang untuk berpindah.

Manakala kira-kira 1,500 bangunan musnah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di tiga daerah.

 

Sumber : AFP