Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Manila Mungkin Digugurkan Daripada Perjanjian Keistimewaan Perdagangan

MANILA - Misi parlimen antarabangsa dan para pemimpin kebajikan menggesa Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menghentikan kempen anti-dadah yang dilaksana kerajaannya.

Ahli parlimen Eropah memberi amaran, Manila mungkin berdepan tindakan digugurkan daripada perjanjian keistimewaan perdagangan jika kempen drastik itu diteruskan.

Di bawah perjanjian itu, sebanyak 2,600 produk Filipina boleh memasuki pasaran bebas Kesatuan Eropah, E-U.

Perjanjian itu dijangka disemak semula Januari tahun depan.

 

Sumber : AP