Tuesday, 4 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Jabatan Peguam Negara batalkan 46 pertuduhan bekas Ketua Menteri Sabah

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 10 Jun - Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan rasuah dan pengubahan wang haram ke atas Tan Sri Musa Aman selepas menerima afidavit oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menyokong supaya semua pertuduhan itu dibatalkan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam satu kenyataan berkata Tan Sri Abdul Ghani mempertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada tahun 2012 untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah itu.

Menurut Tan Sri Idrus, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani membuat keputusan itu berikutan siasatan mendapati wang yang terbabit adalah sumbangan politik.

Keputusan itu dibuat secara kolektif bersama individu peringkat atasan, iaitu bekas Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Seri Tun Abdul Majid Tun Hamzah, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan bekas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali.

Selain afidavit Tan Sri Abdul Gani, perkembangan terbaru dalam kes itu berkaitan dokumen dan saksi juga, tidak mewajarkan kes itu diteruskan.

Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Tan Sri Musa daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah yang dihadapinya.