Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Au San Suu Kyi Dijangka Sampai Mesej Keamanan Minggu Depan

YANGON - Jurucakap Kerajaan Myanmar, Zaw Htay mengumumkan pemimpin Myanmar Au San Suu Kyi akan memberikan ucapan dengan mesej keamanan dan perdamaian nasional, minggu depan, katanya dalam sidang media di Yangon.

Ia merupakan kenyataan pertamanya selepas gagal bersuara bagi membela nasib golongan minoriti Rohingya.

Menurut Zaw Htay , penerima anugerah Nobel Keamanan itu membatalkan kehadirannya dalam Perhimpunan Agung PBB untuk menangani krisis di negaranya.

Sebanyak 176 daripada 471 perkampungan Rohingya di Rakhine, kosong selepas seluruh penduduknya melarikan diri.

Suu Kyi terus dikritik masyarakat dunia berikutan pendiriannya yang "membisu" mengenai kekejaman di Rakhine.

((AFP))