Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:00 PM UTC, Nov 20, 2017

Mangsa Maut Irma Meningkat Di Florida

FLORIDA - Lapan penghuni di sebuah pusat jagaan warga emas di Florida yang terputus bekalan elektrik, sejak taufan Irma membadai negeri itu, Ahad lalu, maut dipercayai akibat strok haba.

Ini menjadikan jumlah penduduk yang terkorban akibat taufan berkenaan meningkat kepada 20 orang.

Menurut Ketua Polis Hollywod, Tomas Sanchez , kira-kira 115 penghuni rumah warga emas di bandar utara Miami itu , dipindahkan segera ke sebuah hospital berhampiran yang mula menerima pesakit mempunyai kaitan dengan masalah haba.

((AFP))