Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

PBB Desak Krisis Di Myanmar Dihentikan

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), mendesak agar keganasan di Myanmar, dihentikan segera.

Dalam mesyuarat tertutup, 15 anggota Majlis Keselamatan termasuk China yang merupakan sekutu Myanmar turut menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan kejam dalam operasi pasukan keselamatan di Rakhine.

Ini merupakan pertama kali badan dunia itu sebulat suara bersatu mengutuk tindakan kejam tentera Myanmar susulan serangan kumpulan pemberontak Rohingya, bulan lalu.

Majlis Keselamatan juga menggesa Myanmar membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada mereka yang memerlukan di Rakhine.

Kira-kira 380,000 penduduk Rohingya menyeberang sempadan ke negara jiran, Bangladesh untuk menyelamatkan diri.

((AFP))