Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Perhimpunan PBB Akan Berlangsung Minggu Hadapan

AMERIKA SYARIKAT - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump diharap dapat memberikan mesej yang konstruktif dalam ucapan sulungnya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB, minggu depan.

Harapan itu disuarakan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres .

Dalam sidang media di New York, Guterres berkata pihaknya telah mengambil semua usaha untuk membina hubungan kukuh dengan pentadbiran baharu Washington itu, sejak lapan bulan lalu.

Kira-kira 130 pemimpin dunia akan menghadiri perhimpunan agung tersebut dan Trump, dijangka berucap pada Selasa.

Amerika Syarikat merupakan penyumbang utama dana PBB dengan menyalurkan 28.5 -peratus daripada 7.3 bilion dolar kepada dana pengaman dan 22-peratus daripada 5.4 bilion dolar dalam bajet teras.

Sebelum ini, pentadbiran Trump mengancam untuk memotong sumbangan 600-juta dolar dalam dana pengaman PBB, tahun ini.

 

Sumber : AFP