Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Korea Utara Mahu Percepatkan Program Senjata Nuklear

PYONGYANG - Korea Utara berikrar untuk mempercepat program senjata nuklearnya.

Ia sebagai tindak balas terhadap sekatan yang dikenakan Majlis Keselamatan PBB susulan ujian nuklear terbaharu Pyongyang.

Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi, KCNA menyebut pelaksanaan sekatan susulan resolusi yang dikemukakan Amerika Syarikat itu menunjukkan keputusan Pyongyang meneruskan program nuklearnya adalah betul.

Pyongyang juga akan melipat gandakan usaha untuk mengukuhkan kekuatan dalam menjaga kedaulatan dan haknya.

Sekatan baharu itu termasuk larangan eksport tekstil Korea Utara dan bekalan minyak sebagai hukuman terhadap pelancaran ujian nuklear keenam, 3 September lalu.

Ini merupakan siri sekatan ke-8 yang dikenakan terhadap Korea Utara sejak pelancaran ujian nuklear pertamanya pada tahun 2006.

((AFP))