Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

PBB Diselar Gagal Tangani Krisis Myanmar

NEW YORK - Dua kumpulan hak asasi manusia antarabangsa menyelar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) atas kegagalan badan dunia itu mengambil sebarang tindakan berhubung krisis di Myanmar.

Krisis tersebut menyaksikan 370,000 penduduk Rohingya, terpaksa melarikan diri ekoran kempen yang disifatkan sebagai pembersihan etnik di Rakhine.

Human Rights Watch dan Amnesty International menyatakan kekesalan berikutan kegagalan Majlis Keselamatan bersuara dan mendesak agar keganasan di wilayah selatan Myanmar itu dihentikan.

Ketua Amnesty International, Sherine Tadros menegaskan tanpa maklum balas anggota majlis keselamatan, mesej yang dihantar kepada kerajaan Myanmar, tidak memberi sebarang makna dan mereka akan terus melakukan kekejaman.

((AFP))