Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Ahli politik Demokrat melutut selama 8 minit 46 saat beri penghormatan kepada George Floyd

  • Published in Berita Dunia

AMERIKA SYARIKAT, 9 Jun - Di Washington ahli politik Demokrat melutut selama 8 minit 46 saat dalam Kongres untuk memberi penghormatan kepada George Floyd dan warga kulit hitam lain di Amerika Syarikat "yang kehilangan nyawa secara tidak adil".

Speaker Dewan Nancy Pelosi dan pemimpin Minoriti Senat, Chuck Schumer disertai dua puluh empat pengamal undang-undang dalam Dewan Pembebasan Kongres yang dinamakan sebagai penghormatan kepada hamba-hamba abdi yang membantu mendirikan bangunan Capitol pada abad ke-18.

Penghormatan itu diadakan ketika Demokrat bersiap sedia menyingkap cadangan pembentukan semula pasukan polis yang dilihat sebagai pengakuan ketika seorang anggota polis berkulit putih menekan lututnya pada leher Floyd pada kejadian 25 Mei lalu.

Floyd kemudiannya mati, sekaligus mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di Minneapolis menentang ketidakadilan kaum.