Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:00 PM UTC, Nov 20, 2017

Permohonan Pencari Suaka Venezuela Di Panama, Costa Rica dan Mexico Meningkat

SAN JOSE - Jumlah pencari suaka Venezuela di Panama, Costa Rica dan Mexico mencatatkan peningkatan ketara berikutan krisis di negara itu.

Menurut laporan agensi Migrasi PBB, dalam enam bulan pertama tahun ini, 12,756 penduduk Venezuela memohon status pelarian di Panama.

Angka itu meningkat tiga kali ganda berbanding 4,615, tahun lepas.

Di Costa Rica, kira-kira 2,600 permohonan pencari suaka dijangka dibuat sepanjang tahun ini, meningkat dari 1,423 tahun lalu.

Manakala, di Mexico, jumlah mereka meningkat dari 139 orang tahun lalu kepada 331 orang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

((AFP))