Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

25 Maut Keganasan Di Republik Afrika Tengah

ABIDJAN - Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam keganasan antara puak di Republik Afrika Tengah.

Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), 10 mayat ditemukan dan 50 orang cedera dalam keganasan pada 7 dan 8 September lalu di bandar Bria.

Seramai 15 orang lagi terbunuh dan 80 buah rumah terbakar di perkampungan Yakapi, timur negara itu.

Manakala, enam orang terbunuh, sejak Khamis lalu di Batangafo.

Pertempuran turut menyebabkan lebih 28,000 penduduk, kehilangan tempat tinggal.


((AFP))