Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Soyuz MS-06 Bawa Tiga Angkasawan Berlepas Ke ISS

BAIKONUR - Dua angkawasan Amerika Syarikat dan seorang angkawasan Rusia berlepas dari tapak pelancaran Baikonur, Kazakhstan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk misi lebih lima bulan.

Menurut imej yang disiarkan Agensi Angkasa Rusia, Roscosmos , roket Soyuz MS-06 yang membawa angkasawannya, Alexander Misurkin , Mark Vande Hei dan Joe Acaba dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Nasional (NASA), berlepas kira-kira pukul 3.17 pagi waktu tempatan.

Mereka akan menyertai angkasawan Paolo Nespoli, Sergey Riazanski dan Randy Bresnik yang kini berada di stesen berkenaan.

((AFP))