Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

COVID-19: 37 kes baharu, 10 kes libatkan warga negara Malaysia

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 6 Jun - Jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 yang dilapor hari ini kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Satu kes kematian direkodkan menjadikan jumlah keseuluruhan sebanyak 117 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.