Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Cuba ceroboh sempadan negara, 393 pati dan 72 tekong ditahan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 6 Jun - 393 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 72 tekong ditahan kerana cuba menceroboh sempadan negara terutama melalui lorong tikus, sejak 1 Mei lalu.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 11 individu disyaki penyeludup turut ditahan manakala 12 buah kapal dirampas.

Sementara itu 2,189 PATI warga Indonesia yang berada di depot imigresen dihantar pulang bermula hari ini.

Kumpulan pertama melibatkan 450 PATI, dihantar pulang dengan 3 penerbangan ke Jakarta, Medan serta Surabaya.

Ini diikuti 445 PATI pada 10 Jun ke lokasi sama.

Menggunakan jalan laut pula 1,294 PATI akan dihantar pulang ke Medan pada 22 Jun.