Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Tindakan Dewan Rakyat India luluskan Rang Undang-undang Pindaan Kewarganegaraan cetus kemarahan

  • Published in Berita Dunia

GUANHATI - Kesatuan pelajar Assam mengadakan bantahan besar-besaran terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi kerana memberi kerakyatan kepada etnik minoriti Hindu dari Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan.

Rang Undang-undang Pindaan Kewarganegaraan diluluskan Dewan Rakyat India dan memerlukan kelulusan Dewan Negara sebelum dikuatkuasa sebagai undang-undang.

Peserta protes menutup jalan utama di Gauhati sebagai sebahagian rancangan protes besar-besaran selama 11 jam.

Protes berkenaan disertai lebih 8 kesatuan pelajar di negeri timur laut India kerana bimbang menyebabkan lebih ramai pendatang Hindu akan berhijrah ke wilayah India.

Selain itu, pelajar bimbang tindakan berkenaan mengancam budaya tempatan dan memberi impak kepada politik India.

Penunjuk perasaan menyekat laluan di Assam termasuk jalan utama menuju Gauhati menyebabkan peniaga menutup perniagaan hari ini.

Selain Modi, Menteri Dalam Negeri, Amit Shah dan Ketua Menteri Assam, Sarbananda Sonowal turut menerima kecaman pelajar.

Menurut pemimpin Kesatuan Pelajar Seluruh Assam, kerajaan pimpinan Modi telah melanggar perlembagaan India.