Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Perkhidmatan gunting rambut dan salon kecantikan dibenarkan operasi bermula 10 Jun

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 6 Jun - Perkhidmatan gunting rambut dan salon kecantikan dibenarkan operasi dengan SOP yang ketat bermula 10 Jun ini.

Menurut menteri kanan keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sumbangan sektor tersebut kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah 13.5 billion ringgit setahun yang melibatkan 74 ribu 500 tenaga kerja dari 16 ribu 728 perniagaan berdaftar.

Aktiviti yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, penjagaan kuku dan rawatan muka.

Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun pula, ibubapa dibenarkan tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti penutup muka dan apron pakai buang.

Antara sop yang perlu dipatuhi termasuk pemakaian pelindung muka dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian set sarung tangan bagi setiap pelanggan dan jarak antara satu kerusi tukang gunting sekurang-kurangnya 2 meter.

Pengusaha perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.

SOP yang sama turut diguna pakai untuk gunting rambut di rumah.