Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

FINAS: Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 6 Jun - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melantik semula Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.

FINAS dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan itu berkuat kuasa semalam sehingga Jun 2022.

Perbadanan berharap kepimpinan Ahmad Idham mampu memelihara kecemerlangan kemajuan industri perfileman tanah air.

Sementara itu,FINAS merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas insentif untuk industri kreatif yang diumum dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).